masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Thursday 1 November 2012

KEK KRAMEL

BAHAN A

4/5 sudu gula pasir ditabur dlm loyang dan dijadikan gula hangus dan ketepika

BAHAN B (bahagian atas,kramel)

1/2 tin susu cair atau kalau nk susu pekat pun boleh dalam 1 cawan susu pekat
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
kalau guna susu cair kena guna gula 1 cawan
kesemua bahan2 ni di bled sampai sebati,kemudaian dikukus atau dibakar menggunakan boiler selama 10 minit.

BAHAN C (untuk kek)

2cawan tepung kek
1 cawan gula custor
6 biji kuning telur
1/2 cawan air
4/5 sudu minyak jagung
putarkan gula dgn kuning telur sampai naik,kemudian masukan air dan tepung macam biasa dan last sekali masukan minyak

BAHAN D (merinque)

6 biji putih telur
1 cawan gula custor
1 sudu teh cream of tartar
pukul kesemua bahan ini jadi kembang dan tak jatuh bila angkat...campurkan adunan c dan d dan gaul hingga sebati dgn menggunakan senduk kayu.bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.kemudian lapiskan adunan kek ini dalam kramel yg dah masak tadi..buat lapisan hingga habis,bolehlah dibakar dgn meletakan air dibawah loyang kek itu...selamat mencuba..pasti jadi..sedap tau