masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Tuesday 17 January 2012

CHICKEN CHOP UNTUK 30 ORANG

BAHAN2 NYA


30 ketul paha ayam
5 biji telur ayam
750 grm tepung jagung
2 sudu besar cajun
1.5 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa


cara membuat nya


1.kesemua ayam tadi digaul dengan tepung jagung
2.campurkan telur,cajun,garam,lada hitam,dan serbuk perasa,gaul sehingga sebati dan perap ayam tadi selama 30 minit
3 panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.




UNTUK BLACK PEPPER SAUCE


bahan2 nya


4 sudu besar lada hitam
4 sudu besar cajun
10 sudu besar jus anggur
garam secukup rasa 
10 sudu besar brawn sauce
6 sudu besar susu cair
4 sudu besar planta
4 sudu besar bawang putih (di blen)
2 liter air


panaskan planta masukkan bawang putih,tunggu sehingga bawang menjadi kuning,kemudian masukkan air,cajun,lada hitam sehingga mendidih selama 2 minit.kemudian masukkan brawn sauce,kacau sehingga rata dan campurkan dengan susu cair dan jus anggur,masak lah sehingga sedikit pekat.....selamat mencuba...sedap

Tuesday 10 January 2012

CHOCOLATE TRUFFLES

BAHAN-BAHAN NYA

1 kilo chocolate  colatta
250 gm compound (milk chocolate)
50 gm badam/kacang/cocoa crunch/kurma

cara-cara membuat nya

boilkan chocolate sehingga menjadi cair
masukkan  chocolate kedalam pipping bag dan paipkan kedalam acuan chocolate berselang seli dengan badam atau kacang atau kismis dan sebagai nya paipkan semula chocolate keatas badam tadi sehingga penuh.
masukkan kedalam peti sejuk selama 10 minit,keluarkan dari peti sejuk dan keluarkan chocolate dari dalam acuan...sedia untuk dimakan

PUDING KURMA MEKAH

bahan2 nya

20 grm agar-agar
9 cawan air
1 tin susu cair *
3/4 tin susu pekat *
10 biji kurma dibuang biji *
16 keping roti 4 segi (tawar)
2 biji telur ayam *
kesemua bahan yang bertanda bintang diblend
bahan2 hiasan (kurma yang dipotong ikut citarasa)

cara membuat nya

1.masak agar2 dengan air hingga menjadi hancur
2.masukkan bahan2 yang di blen kedalam agar-agar yang telah hancur tadi dan kacau hingga sebati (jangan sampai pecah minyak)
3.tabur buah kurma yang dibelah 4 kedalam loyang
4.tuang agar-agar tadi kedalam loyang
5.biarkan ia sejuk dan siap untuk dipotong

SAGON KELAPA

BAHAN2 NYA

biskut suji bulat (atau biskut kepala lutut) di blen menjadi serbuk roti sebanyak 3 cawan
1 1/2 cawan kelapa kering di goreng menjadi keemasan
1 ketul buttercup (di cairkan di atas api)
1/2cawan gula halus
campurkan kesemua adunan kecuali butter,gaul sehingga menjadi sekata dan masukkan butter yg telah sejuk tadi,masukan kedalam acuan bulat,tekan sehingga ia menjadi padat dan tuangkan kedalam loyang..bakar pada suhu 170 selama 15 atau 20 minit.......selamat mencuba......sedap