masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Wednesday 18 April 2012

AYAM TANDORI

BAHAN2 NYA

30 ketul ayam
100 grm daun ketumbar (dipotong halus )
2 1/2 biji lemon di potong halus
12 sudu besar yoghurt
5 sudu besar bawang besar yang ( dimesin )
3 sudu besar cili hijau yang ( dimesin )
2 sudu besar cili padi yang ( dimesin )
3 sudu besar halia (dimesin )
2 sudu besar rempah jintan putih
2 sudu besar rempah jintam manis
2 sudu besar rempah daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
250 grm tepung jagung
1 sudu besar serbuk perasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara membuatnya

ayam dicampur lemon, daun ketumbar dan semua bahan yang dimesin dan rempah-rempah, pewarna merah,serbuk perasa, garam, gula, yoghurt dan tepung jagung digaul sama rata dan perap selama 1 jam . selepas itu digoreng.
1 sudu besar ser

SOS KEROPOK LEKOR

BAHAN2 NYA

1 peket cili melaka merah (RM 2.00 )
1 labu bawang putih
1 kilo gula pasir
30 sen bijan
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan tepung sos atau tepung jagung
1/2 cawan garam kasar
10 cawan air sejuk

CARA2 MEMBUAT

cili dan bawang putih diblend kasar.bijan digoreng tanpa minyak
dan biarlkan ia sejuk.campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali ( tepung sos)
dimasak sehingga mendidih,apabila sudah mendidih masukkan tepung sos (bancuh dengan air terlebih dulu tepung sos ) kedalam sos tadi,kacau sehingga ia menjadi sedikit pekat.....SELAMAT MENCUBA.......SEDAP DI CICAH DENGAN KEROPOK ATAU CUCUR UDANG

Friday 6 April 2012

APAM TEPUNG BERAS

BAHAN2 NYA

1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih (boleh kurangkan jika tak nak manis)
1 1/4 cawan air
1 sudu teh yis (mauripan)
satu peket eno yg warna biru

cara2 membuat nya

1.kisarkan nasi bersama 1 1/4 cawan air sehingga halus
2.masukkan gula,tepung,dan yis dan kisar lagi sehingga sebati.masukkan ke dlm bekas dan tutup rapat 
3.biarkan ia selama 4 jam...selepas 4 jam buka tutup dan masukkan eno lalu kacau perlahan2...sebelum tu panaskan kukusan dan masukan acuan biarkan ia panas seketika...setelah acuan panas,masukan tepung yang telah dikacau bersama eno tadi...kukus apom ini dengan api yang kuat supaya ia merekah ditengah...selamat mencuba...sedap dimakan bersama kelapa parut dicampur dengan sedikit garam.











IKAN BERSALUT SERBUK ROTI

bahan2 nya

2 keping isi ikan (FILLET) dorey
4 sudu besar cajun
500 grm tepung jagung
garam
5 biji telur ayam
1 kg serbuk roti
1 sudu besar serbuk perasa

cara2 membuat nya

1. potong isi ikan nipis2
2 .campur garam+serbuk perasa+tepung jagung sehingga rata
3 .isi ikan dicelup telur dan serbuk roti
4 .tabur cajun diatas isi ikan dan perap selama 20 minit atau lebih
5 .panaskan minyak dan goreng sampai kuning keemasan.....sedap selamat mencuba

BISKUT SWISS PANDAN

bahan2 nya

1 blog buttercup
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1/2 cawan serbuk roti
1.2 cawan nestum
1/2 cawan bertih jagung
1/2 cawan tepung kentang
2 1/2 cawan tepung gandum(ikut lembut)
sedikit esen vanilla dan emulco dan pewarna hijau

lakukan proses mcama biasa buat biskut