masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Thursday 13 December 2012

DURIAN CREPE

bahan2 nya

20 grm t/gandum
20 grm t/ubi
10 grm t/kastard
10 grm t/jagung
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak (mazola)
40 ml susu cair
150 ml air biasa
pewarna kuning
satukan kesemua bahan2 diatas kemudian blend sampai sebati lalu tapis....

********kalau kita nak kan adunan ini banyak cuma gandakaN********

buat kulit crepe ini seperti mana kita buat ketayap..tapi kulit nya nipis dan lembut...buat sampai adunan habis....bila kulit crepe dah sejuk....mula kita letakan ditengah nya cream,kemudian isi durian,letak semula diatas isi durian cream tadi..makna nya ada 3 lapisan...cream,durian ceam..kemudian lipat saja ikut suka kita macam mana yg kita kehendaki.....itu saja..senang kannnnnn...selamat mencuba......simpan dalam peti sejuk bila dah habis crepe semua nya...sedap dimakan dalam keadaan sejuk..macam makan ice cream...

         yang ni untuk letak ditengah kulit crepe..
1 cawan wipping cream wish sampai kental..masukan sebentar dlm peti sejuk
dan isi durian



Thursday 1 November 2012

KEK KRAMEL

BAHAN A

4/5 sudu gula pasir ditabur dlm loyang dan dijadikan gula hangus dan ketepika

BAHAN B (bahagian atas,kramel)

1/2 tin susu cair atau kalau nk susu pekat pun boleh dalam 1 cawan susu pekat
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
kalau guna susu cair kena guna gula 1 cawan
kesemua bahan2 ni di bled sampai sebati,kemudaian dikukus atau dibakar menggunakan boiler selama 10 minit.

BAHAN C (untuk kek)

2cawan tepung kek
1 cawan gula custor
6 biji kuning telur
1/2 cawan air
4/5 sudu minyak jagung
putarkan gula dgn kuning telur sampai naik,kemudian masukan air dan tepung macam biasa dan last sekali masukan minyak

BAHAN D (merinque)

6 biji putih telur
1 cawan gula custor
1 sudu teh cream of tartar
pukul kesemua bahan ini jadi kembang dan tak jatuh bila angkat...campurkan adunan c dan d dan gaul hingga sebati dgn menggunakan senduk kayu.bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.kemudian lapiskan adunan kek ini dalam kramel yg dah masak tadi..buat lapisan hingga habis,bolehlah dibakar dgn meletakan air dibawah loyang kek itu...selamat mencuba..pasti jadi..sedap tau


Monday 17 September 2012

KENTANG PUTAR (KFC)

BAHAN2 NYA

8 biji ubi kentang holand (belah dua rebus kemudian buang kulit dan lecek)
1/2 ketul buttercup
1 cawan susu cair
garam secukup rasa
1 ketul kiub ayam

cara2 nya

lecek kentang sampai halus,kemudian masukkan butter,susu,garam dan kiub ayam.kacau sehingga rata,apabila semua sebati siap untuk dimakan bersama ayam goreng..sama seperti kentang putar KFC....SEDAP...cuba lah..

ICE CREAM CHOCOLATE OREO

BAHAN2 NYA
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air masak
2 sudu besar overlette
5/6 sudu besar serbuk koko(diayak)
1 sudu besar chocolate emulco
2 biji telur ayam
biskut oreo perisa chocolate  (dibuang cream/patahkan kecil2)

cara nya

satukan kesemua bahan2 diatas kecuali  (biskut oreo),putar kesemua bahan2 ini selama 45 minit hingga sebati dan berkrim,kemudian masukan kedalam peti sejuk tempat beku selama 30 minit,keluarkan dan putar lagi selama 10 minit,dan masukan sekali lagi kedlm peti sejuk selama 30 minit,keluar dan putarkan lagi hingga naik berganda dlm 10 minit dan kemudian gaulkan dengan biskut oreo,dan masukan semula kedalam peti sejuk dan bekukan...esok nya dah boleh makan....perhatian...lagi banyak kita putarkan ais cream lebih gebu,halus dan tak cepat cair...SELAMAT MENCUBA...SEDAP.

Wednesday 18 April 2012

AYAM TANDORI

BAHAN2 NYA

30 ketul ayam
100 grm daun ketumbar (dipotong halus )
2 1/2 biji lemon di potong halus
12 sudu besar yoghurt
5 sudu besar bawang besar yang ( dimesin )
3 sudu besar cili hijau yang ( dimesin )
2 sudu besar cili padi yang ( dimesin )
3 sudu besar halia (dimesin )
2 sudu besar rempah jintan putih
2 sudu besar rempah jintam manis
2 sudu besar rempah daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
250 grm tepung jagung
1 sudu besar serbuk perasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara membuatnya

ayam dicampur lemon, daun ketumbar dan semua bahan yang dimesin dan rempah-rempah, pewarna merah,serbuk perasa, garam, gula, yoghurt dan tepung jagung digaul sama rata dan perap selama 1 jam . selepas itu digoreng.
1 sudu besar ser

SOS KEROPOK LEKOR

BAHAN2 NYA

1 peket cili melaka merah (RM 2.00 )
1 labu bawang putih
1 kilo gula pasir
30 sen bijan
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan tepung sos atau tepung jagung
1/2 cawan garam kasar
10 cawan air sejuk

CARA2 MEMBUAT

cili dan bawang putih diblend kasar.bijan digoreng tanpa minyak
dan biarlkan ia sejuk.campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali ( tepung sos)
dimasak sehingga mendidih,apabila sudah mendidih masukkan tepung sos (bancuh dengan air terlebih dulu tepung sos ) kedalam sos tadi,kacau sehingga ia menjadi sedikit pekat.....SELAMAT MENCUBA.......SEDAP DI CICAH DENGAN KEROPOK ATAU CUCUR UDANG

Friday 6 April 2012

APAM TEPUNG BERAS

BAHAN2 NYA

1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih (boleh kurangkan jika tak nak manis)
1 1/4 cawan air
1 sudu teh yis (mauripan)
satu peket eno yg warna biru

cara2 membuat nya

1.kisarkan nasi bersama 1 1/4 cawan air sehingga halus
2.masukkan gula,tepung,dan yis dan kisar lagi sehingga sebati.masukkan ke dlm bekas dan tutup rapat 
3.biarkan ia selama 4 jam...selepas 4 jam buka tutup dan masukkan eno lalu kacau perlahan2...sebelum tu panaskan kukusan dan masukan acuan biarkan ia panas seketika...setelah acuan panas,masukan tepung yang telah dikacau bersama eno tadi...kukus apom ini dengan api yang kuat supaya ia merekah ditengah...selamat mencuba...sedap dimakan bersama kelapa parut dicampur dengan sedikit garam.











IKAN BERSALUT SERBUK ROTI

bahan2 nya

2 keping isi ikan (FILLET) dorey
4 sudu besar cajun
500 grm tepung jagung
garam
5 biji telur ayam
1 kg serbuk roti
1 sudu besar serbuk perasa

cara2 membuat nya

1. potong isi ikan nipis2
2 .campur garam+serbuk perasa+tepung jagung sehingga rata
3 .isi ikan dicelup telur dan serbuk roti
4 .tabur cajun diatas isi ikan dan perap selama 20 minit atau lebih
5 .panaskan minyak dan goreng sampai kuning keemasan.....sedap selamat mencuba

BISKUT SWISS PANDAN

bahan2 nya

1 blog buttercup
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1/2 cawan serbuk roti
1.2 cawan nestum
1/2 cawan bertih jagung
1/2 cawan tepung kentang
2 1/2 cawan tepung gandum(ikut lembut)
sedikit esen vanilla dan emulco dan pewarna hijau

lakukan proses mcama biasa buat biskut

Tuesday 17 January 2012

CHICKEN CHOP UNTUK 30 ORANG

BAHAN2 NYA


30 ketul paha ayam
5 biji telur ayam
750 grm tepung jagung
2 sudu besar cajun
1.5 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa


cara membuat nya


1.kesemua ayam tadi digaul dengan tepung jagung
2.campurkan telur,cajun,garam,lada hitam,dan serbuk perasa,gaul sehingga sebati dan perap ayam tadi selama 30 minit
3 panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.




UNTUK BLACK PEPPER SAUCE


bahan2 nya


4 sudu besar lada hitam
4 sudu besar cajun
10 sudu besar jus anggur
garam secukup rasa 
10 sudu besar brawn sauce
6 sudu besar susu cair
4 sudu besar planta
4 sudu besar bawang putih (di blen)
2 liter air


panaskan planta masukkan bawang putih,tunggu sehingga bawang menjadi kuning,kemudian masukkan air,cajun,lada hitam sehingga mendidih selama 2 minit.kemudian masukkan brawn sauce,kacau sehingga rata dan campurkan dengan susu cair dan jus anggur,masak lah sehingga sedikit pekat.....selamat mencuba...sedap

Tuesday 10 January 2012

CHOCOLATE TRUFFLES

BAHAN-BAHAN NYA

1 kilo chocolate  colatta
250 gm compound (milk chocolate)
50 gm badam/kacang/cocoa crunch/kurma

cara-cara membuat nya

boilkan chocolate sehingga menjadi cair
masukkan  chocolate kedalam pipping bag dan paipkan kedalam acuan chocolate berselang seli dengan badam atau kacang atau kismis dan sebagai nya paipkan semula chocolate keatas badam tadi sehingga penuh.
masukkan kedalam peti sejuk selama 10 minit,keluarkan dari peti sejuk dan keluarkan chocolate dari dalam acuan...sedia untuk dimakan

PUDING KURMA MEKAH

bahan2 nya

20 grm agar-agar
9 cawan air
1 tin susu cair *
3/4 tin susu pekat *
10 biji kurma dibuang biji *
16 keping roti 4 segi (tawar)
2 biji telur ayam *
kesemua bahan yang bertanda bintang diblend
bahan2 hiasan (kurma yang dipotong ikut citarasa)

cara membuat nya

1.masak agar2 dengan air hingga menjadi hancur
2.masukkan bahan2 yang di blen kedalam agar-agar yang telah hancur tadi dan kacau hingga sebati (jangan sampai pecah minyak)
3.tabur buah kurma yang dibelah 4 kedalam loyang
4.tuang agar-agar tadi kedalam loyang
5.biarkan ia sejuk dan siap untuk dipotong

SAGON KELAPA

BAHAN2 NYA

biskut suji bulat (atau biskut kepala lutut) di blen menjadi serbuk roti sebanyak 3 cawan
1 1/2 cawan kelapa kering di goreng menjadi keemasan
1 ketul buttercup (di cairkan di atas api)
1/2cawan gula halus
campurkan kesemua adunan kecuali butter,gaul sehingga menjadi sekata dan masukkan butter yg telah sejuk tadi,masukan kedalam acuan bulat,tekan sehingga ia menjadi padat dan tuangkan kedalam loyang..bakar pada suhu 170 selama 15 atau 20 minit.......selamat mencuba......sedap