masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Thursday 13 December 2012

DURIAN CREPE

bahan2 nya

20 grm t/gandum
20 grm t/ubi
10 grm t/kastard
10 grm t/jagung
1 biji telur ayam
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak (mazola)
40 ml susu cair
150 ml air biasa
pewarna kuning
satukan kesemua bahan2 diatas kemudian blend sampai sebati lalu tapis....

********kalau kita nak kan adunan ini banyak cuma gandakaN********

buat kulit crepe ini seperti mana kita buat ketayap..tapi kulit nya nipis dan lembut...buat sampai adunan habis....bila kulit crepe dah sejuk....mula kita letakan ditengah nya cream,kemudian isi durian,letak semula diatas isi durian cream tadi..makna nya ada 3 lapisan...cream,durian ceam..kemudian lipat saja ikut suka kita macam mana yg kita kehendaki.....itu saja..senang kannnnnn...selamat mencuba......simpan dalam peti sejuk bila dah habis crepe semua nya...sedap dimakan dalam keadaan sejuk..macam makan ice cream...

         yang ni untuk letak ditengah kulit crepe..
1 cawan wipping cream wish sampai kental..masukan sebentar dlm peti sejuk
dan isi durian



Thursday 1 November 2012

KEK KRAMEL

BAHAN A

4/5 sudu gula pasir ditabur dlm loyang dan dijadikan gula hangus dan ketepika

BAHAN B (bahagian atas,kramel)

1/2 tin susu cair atau kalau nk susu pekat pun boleh dalam 1 cawan susu pekat
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
kalau guna susu cair kena guna gula 1 cawan
kesemua bahan2 ni di bled sampai sebati,kemudaian dikukus atau dibakar menggunakan boiler selama 10 minit.

BAHAN C (untuk kek)

2cawan tepung kek
1 cawan gula custor
6 biji kuning telur
1/2 cawan air
4/5 sudu minyak jagung
putarkan gula dgn kuning telur sampai naik,kemudian masukan air dan tepung macam biasa dan last sekali masukan minyak

BAHAN D (merinque)

6 biji putih telur
1 cawan gula custor
1 sudu teh cream of tartar
pukul kesemua bahan ini jadi kembang dan tak jatuh bila angkat...campurkan adunan c dan d dan gaul hingga sebati dgn menggunakan senduk kayu.bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.kemudian lapiskan adunan kek ini dalam kramel yg dah masak tadi..buat lapisan hingga habis,bolehlah dibakar dgn meletakan air dibawah loyang kek itu...selamat mencuba..pasti jadi..sedap tau


Monday 17 September 2012

KENTANG PUTAR (KFC)

BAHAN2 NYA

8 biji ubi kentang holand (belah dua rebus kemudian buang kulit dan lecek)
1/2 ketul buttercup
1 cawan susu cair
garam secukup rasa
1 ketul kiub ayam

cara2 nya

lecek kentang sampai halus,kemudian masukkan butter,susu,garam dan kiub ayam.kacau sehingga rata,apabila semua sebati siap untuk dimakan bersama ayam goreng..sama seperti kentang putar KFC....SEDAP...cuba lah..

ICE CREAM CHOCOLATE OREO

BAHAN2 NYA
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air masak
2 sudu besar overlette
5/6 sudu besar serbuk koko(diayak)
1 sudu besar chocolate emulco
2 biji telur ayam
biskut oreo perisa chocolate  (dibuang cream/patahkan kecil2)

cara nya

satukan kesemua bahan2 diatas kecuali  (biskut oreo),putar kesemua bahan2 ini selama 45 minit hingga sebati dan berkrim,kemudian masukan kedalam peti sejuk tempat beku selama 30 minit,keluarkan dan putar lagi selama 10 minit,dan masukan sekali lagi kedlm peti sejuk selama 30 minit,keluar dan putarkan lagi hingga naik berganda dlm 10 minit dan kemudian gaulkan dengan biskut oreo,dan masukan semula kedalam peti sejuk dan bekukan...esok nya dah boleh makan....perhatian...lagi banyak kita putarkan ais cream lebih gebu,halus dan tak cepat cair...SELAMAT MENCUBA...SEDAP.

Wednesday 18 April 2012

AYAM TANDORI

BAHAN2 NYA

30 ketul ayam
100 grm daun ketumbar (dipotong halus )
2 1/2 biji lemon di potong halus
12 sudu besar yoghurt
5 sudu besar bawang besar yang ( dimesin )
3 sudu besar cili hijau yang ( dimesin )
2 sudu besar cili padi yang ( dimesin )
3 sudu besar halia (dimesin )
2 sudu besar rempah jintan putih
2 sudu besar rempah jintam manis
2 sudu besar rempah daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
250 grm tepung jagung
1 sudu besar serbuk perasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

cara-cara membuatnya

ayam dicampur lemon, daun ketumbar dan semua bahan yang dimesin dan rempah-rempah, pewarna merah,serbuk perasa, garam, gula, yoghurt dan tepung jagung digaul sama rata dan perap selama 1 jam . selepas itu digoreng.
1 sudu besar ser

SOS KEROPOK LEKOR

BAHAN2 NYA

1 peket cili melaka merah (RM 2.00 )
1 labu bawang putih
1 kilo gula pasir
30 sen bijan
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan tepung sos atau tepung jagung
1/2 cawan garam kasar
10 cawan air sejuk

CARA2 MEMBUAT

cili dan bawang putih diblend kasar.bijan digoreng tanpa minyak
dan biarlkan ia sejuk.campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali ( tepung sos)
dimasak sehingga mendidih,apabila sudah mendidih masukkan tepung sos (bancuh dengan air terlebih dulu tepung sos ) kedalam sos tadi,kacau sehingga ia menjadi sedikit pekat.....SELAMAT MENCUBA.......SEDAP DI CICAH DENGAN KEROPOK ATAU CUCUR UDANG

Friday 6 April 2012

APAM TEPUNG BERAS

BAHAN2 NYA

1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih (boleh kurangkan jika tak nak manis)
1 1/4 cawan air
1 sudu teh yis (mauripan)
satu peket eno yg warna biru

cara2 membuat nya

1.kisarkan nasi bersama 1 1/4 cawan air sehingga halus
2.masukkan gula,tepung,dan yis dan kisar lagi sehingga sebati.masukkan ke dlm bekas dan tutup rapat 
3.biarkan ia selama 4 jam...selepas 4 jam buka tutup dan masukkan eno lalu kacau perlahan2...sebelum tu panaskan kukusan dan masukan acuan biarkan ia panas seketika...setelah acuan panas,masukan tepung yang telah dikacau bersama eno tadi...kukus apom ini dengan api yang kuat supaya ia merekah ditengah...selamat mencuba...sedap dimakan bersama kelapa parut dicampur dengan sedikit garam.











IKAN BERSALUT SERBUK ROTI

bahan2 nya

2 keping isi ikan (FILLET) dorey
4 sudu besar cajun
500 grm tepung jagung
garam
5 biji telur ayam
1 kg serbuk roti
1 sudu besar serbuk perasa

cara2 membuat nya

1. potong isi ikan nipis2
2 .campur garam+serbuk perasa+tepung jagung sehingga rata
3 .isi ikan dicelup telur dan serbuk roti
4 .tabur cajun diatas isi ikan dan perap selama 20 minit atau lebih
5 .panaskan minyak dan goreng sampai kuning keemasan.....sedap selamat mencuba

BISKUT SWISS PANDAN

bahan2 nya

1 blog buttercup
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1/2 cawan serbuk roti
1.2 cawan nestum
1/2 cawan bertih jagung
1/2 cawan tepung kentang
2 1/2 cawan tepung gandum(ikut lembut)
sedikit esen vanilla dan emulco dan pewarna hijau

lakukan proses mcama biasa buat biskut

Tuesday 17 January 2012

CHICKEN CHOP UNTUK 30 ORANG

BAHAN2 NYA


30 ketul paha ayam
5 biji telur ayam
750 grm tepung jagung
2 sudu besar cajun
1.5 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa


cara membuat nya


1.kesemua ayam tadi digaul dengan tepung jagung
2.campurkan telur,cajun,garam,lada hitam,dan serbuk perasa,gaul sehingga sebati dan perap ayam tadi selama 30 minit
3 panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.




UNTUK BLACK PEPPER SAUCE


bahan2 nya


4 sudu besar lada hitam
4 sudu besar cajun
10 sudu besar jus anggur
garam secukup rasa 
10 sudu besar brawn sauce
6 sudu besar susu cair
4 sudu besar planta
4 sudu besar bawang putih (di blen)
2 liter air


panaskan planta masukkan bawang putih,tunggu sehingga bawang menjadi kuning,kemudian masukkan air,cajun,lada hitam sehingga mendidih selama 2 minit.kemudian masukkan brawn sauce,kacau sehingga rata dan campurkan dengan susu cair dan jus anggur,masak lah sehingga sedikit pekat.....selamat mencuba...sedap

Tuesday 10 January 2012

CHOCOLATE TRUFFLES

BAHAN-BAHAN NYA

1 kilo chocolate  colatta
250 gm compound (milk chocolate)
50 gm badam/kacang/cocoa crunch/kurma

cara-cara membuat nya

boilkan chocolate sehingga menjadi cair
masukkan  chocolate kedalam pipping bag dan paipkan kedalam acuan chocolate berselang seli dengan badam atau kacang atau kismis dan sebagai nya paipkan semula chocolate keatas badam tadi sehingga penuh.
masukkan kedalam peti sejuk selama 10 minit,keluarkan dari peti sejuk dan keluarkan chocolate dari dalam acuan...sedia untuk dimakan

PUDING KURMA MEKAH

bahan2 nya

20 grm agar-agar
9 cawan air
1 tin susu cair *
3/4 tin susu pekat *
10 biji kurma dibuang biji *
16 keping roti 4 segi (tawar)
2 biji telur ayam *
kesemua bahan yang bertanda bintang diblend
bahan2 hiasan (kurma yang dipotong ikut citarasa)

cara membuat nya

1.masak agar2 dengan air hingga menjadi hancur
2.masukkan bahan2 yang di blen kedalam agar-agar yang telah hancur tadi dan kacau hingga sebati (jangan sampai pecah minyak)
3.tabur buah kurma yang dibelah 4 kedalam loyang
4.tuang agar-agar tadi kedalam loyang
5.biarkan ia sejuk dan siap untuk dipotong

SAGON KELAPA

BAHAN2 NYA

biskut suji bulat (atau biskut kepala lutut) di blen menjadi serbuk roti sebanyak 3 cawan
1 1/2 cawan kelapa kering di goreng menjadi keemasan
1 ketul buttercup (di cairkan di atas api)
1/2cawan gula halus
campurkan kesemua adunan kecuali butter,gaul sehingga menjadi sekata dan masukkan butter yg telah sejuk tadi,masukan kedalam acuan bulat,tekan sehingga ia menjadi padat dan tuangkan kedalam loyang..bakar pada suhu 170 selama 15 atau 20 minit.......selamat mencuba......sedap

Saturday 13 August 2011

TAT BLUEBERRY NENAS


TAT BLUEBERI NANAS
Bahan2 (A)
125 gm mentega/butter.(saya guna butter)
1/2 sd makan minyak sapi
1/2 susu pekat manis
1/2 sd makan kuning telur (saya guna sebiji telur ambik kuningnya jer)
1/2 sd esen vanila
1/2 sd pes blueberi/emulco.

Bahan (B)
175 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
25 gm susu tepung

cara2
panaskan oven pd suhu 150 drjh c.
gaulkan semua bahan2 A sehingga sebati.
kemudian masukkan bahan B uli sehingga menjadi doh yg lembut.
setelah itu terap dgn acuan yg disukai..saya guna acuan semperit..
letakkan jem,kemudian digulung perlahan-lahan..
bakar selama 20 - 25 minit.
dah siap bakar bila kuih dah sejuk baru blh paipkan dgn coklat putih
corakkan dgn kreativiti masing2..

satu adunan ne blh dpt dlm 50 biji mcm tulah..
slmt mencuba..ikhlas dr saya By Mariarabikat 2011 Raya Lagi..

Sunday 7 August 2011

CHOCOLATS (RHUM) BUTTAN COOKIES

BAHAN2 NYA

1 ketul buttercup
1 sudu besar shortening
1 biji kuning telur
1 cawan gula aising
kesemua ini di putar selama 4 minit

3 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung naik sendiri(tepung kek)
1 1/2 cawan tepung gandum
kalau terasa lembut,tambahkan saja tepung gandum

100 grm kacang tanah
100 grm badan cincang
100 grm badam panjang
100 grm biji gajus
100 grm chocklate chip
kesemua kacang2 ni dipanggang
kismis jika suka
1 cawan pala sagat

cara2 membuat nya

pukul butter,shortening.telur dan gula selama 4 minit,kemudian masukkan kesemua bahan2 yang di panggang tadi,setelah sebati masukkan tepung kastard,t/beras,t/jagung,dan tepung naik sendiri dan akhir sekali masukkan tepung gandum.sekira nya masih lembut tambahkan tepung gandum sampai adunan boleh di gintel
bulat2 kan adunan dan leperkan ia dengan menggunakan garpu.bakar selama 25 minit pada suhu 160'c..angkat dan sejukkan....
untuk hiasan..guna chocolate masakan,,,boil coklate masakan sampai cair dan masukkan sedikit butter,selepas itu paip kan coklate itu tadi di atas biskut....lorekan ikut suka masing2....sedap biskut ni....yumy...yumy........SELAMAT MENCUBA










Saturday 6 August 2011

ROTI JALA

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu
kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara:-
Masukkan
semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama
1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick
dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas
kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut
citarasa masing2.















PAU LEMBUT

Resepi Pau Lembut Gebus

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram / ml air suam
  • 50 gram gula castor
  • 3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar dough softener
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan sampingan :
  • Daun pisang / kertas A4/ cooking sheet dipotong sebesar 2 x 2 inci


Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine mengikut turutan, air suam, dry yeast, tepung gandum, baking powder, bread softener, gula castor, dough softener dan shortening.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan bread machine.
  3. Keluarkan doh dari Bread Machine setelah doh siap diuli dan direhatkan kali pertama  lebih kurang selama 15 minit sahaja. Tidak perlu menunggu sehingga doh siap di uli sepenuhnya atau selama 1 1/2 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  5. Masukkan inti kegemaran anda dan tutup kemas.
  6. Letakkan di atas daun pisang / kertas A4 / cooking sheet.
  7. Biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan pengukus. Bila air telah mendidih, masukkan pau dan kukus selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

NASI ARAB BEREMPAH

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sdb rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

 


TAT JEM

Bahan-bahan ( 80 biji )

  • 60 gm butter
  • 190 gm majerin
  • 70 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • ****** Inti Jem *****
  • Nenas sebiji
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • ***** Glaze *****
  • 2 Kuning Telur
  • 2 s/k air
  • Pewarna Kuning

Cara-cara

  1. Untuk Jem, blend nenas dan jerang atas dapur hingga pekat dan kuning keemasan. Tambahkan air dan gula.
  2. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. Jangan pukul terlalu lama ditakuti jemtat mengembang gemuk dan sihat. :P
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
  5. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  6. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. Kalau takde acuan nih, canai dan terap line menggunakan kreativiti. Macam saya terap pakai acuan siput; just nak dapatkan line je.
  7. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
  8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.






Laporan Masakan Bergambar (1)

Image_221_

Thursday 4 August 2011

DAGING RENDANG PEDAS

BAHAN2 NYA

1 kilo daging lembu
8 ulas bawang merah
3 cm lengkuas
6 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa (untuk santan nya)
1/2 biji kelapa (untuk dibuat kerisik)
2 helai daun kunyit
5  ulas bawang putih
5 cm halia
2 batang serai
12 biji cili api
2 keping asam keping

CARA2 MEMBUAT NYA

 1.semua bahan2 diatas dikisar,kecuali daging di potong sebesar 2 inci.
 2.tumis kesemua bahan2 yang dikisar tadi sehingga naik bau
 3.masukkan daging dan gaul,apabila ia mendidih kemudian masukkan santan,daun kunyit dan asam    keping.
 4.akhir sekali masukkan kerisik,kacau sehingga ia menjadi sedikit kering...angkat...dan sedia untuk hidangan berbuka puasa petang ni......sesiapa yang makan pedas boleh lebihkan cili padi supaya lebih berapi lagi........he...he.......SELAMAT MENCUBA RESEPI INI.......

LOMPANG

BAHAN NYA

1 CAWAN GULA MERAH
1/2 CAWAN GULA PUTIH
3 CAWAN AIR
2 CAWAN TEPUNG BERAS

CARA MEMBUAT NYA

GULA MERAH + GULA PUTIH + AIR DIMASAK TERLEBIH DAHULU.APABILA SEMUA DAH CAIR ANGKAT DAN TAPIS.BILA AIR GULA TADI SUDAH SEJUK,MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEHINGGA SEBATI.MASUKKAN ACUAN KEDALAM PENGUKUS,BILA ACUAN TADI DAH MENJADI PANAS.TUANGKAN BANCUHAN TADI DAN KUKUS LAH HINGGA MASAK.BOLEH DI SAJIKAN DENGAN KELAPA PARUT DIATAS NYA........SENANG DI BUAT.......SEDAP JUGA DIMAKAN....HE...HE.......CUBA LAH

Wednesday 3 August 2011

http://www.koleksi1001resepi.com/search/label/malay%20kueh%20mueh


resepi doh pau saya:500g tepung pau/superfine flour
1
peket yis segera atau 15 yis segar
gula (1/2 cawan)
minyak jagung (1/4
cawan)
air (1 1/4 cawan)

cara:larutkan gula
kedalam air.
campurkan yis kedalam tepung.
tuangkan campuran air dan gula
kedalam tepung. masukkan lain-lain bahan dan gaul tepung hingga menjadi doh. uli
doh dengan tangan selama 10 ke 15 minit sehingga doh licin dan boleh
diregangkan.
bulatkan doh kecil-kecil (seberat 40g setiap satu) dan ketepikan
selama 10 minit.
leperkan doh dan isikan inti kedalamnya. letakkan diatas
sekeping kertas minyak kecil. buat hingga semua bahan habis digunakan.
tutup
doh dan ketepikan selama 30 minit. letakkan atas periok kukus dan kukus selama
15 minit pada suhu tinggi.

Monday 1 August 2011

BISKUT NESLO

BAHAN-BAHAN NYA

1 KETUL BUTTERCUP
1 CAWAN GULA AISING
1/2 CAWAN TEPUNG KENTANG
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
1/2 CAWAN TEPUNG KASTARD
1 CAWAN OAT DIKISAR HALUS
2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
1 SUDU TEH PES COFFE
TEPUNG GANDUM IKUT LEMBUT ATAU (ANGGARAN 2 CAWAN)
SUSU TEPUNG UNTUK DIGAUL

CARA-CARA MEMBUAT NYA

PUKUL BUTTER DENGAN GULA SAMPAI KEMBANG,KEMUDIAN MASUKKAN COFFE PES,SERBUK KOKO DAN SEMUA BAHAN KERING YANG LAIN,AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG GANDUM IKUT LEMBUT.ULI DOH SAMPAI SEBATI.CANAI DAN TERAP GUNA ACUAN IKUT SUKA SENDIRI.SETELAH BISKUT MASAK,GAUL BISKUT DENGAN SUSU TEPUNG.......SELAMAT MENCUBA....SEDAP DAN RANGUP

Sunday 24 July 2011

POP CORN

BAHAN UNTUK BUAT POP CORN

2 gengam biji  jagung (boleh dibeli di supermarket)
minyak masak ikut paras biji jagung
6 sudu besar pelanta
6 sudu besar gula pasir

CARA MEMBUAT NYA

biji jagung dimasuk kedalam kuali bersama minyak masak,buka api kecil dan tutup,biarkan ia masak sehingga semua menjadi putih,lepas tu boleh lah diangkat.selepas itu masukkan pelanta bersama gula kacau sampai menjadi hancur dan bertali,selepas itu masukkan bertih jagung tadi dan kacau.tutup api.dah jadi pop corn....tak payah beli ..buat sendiri je........cuba lah cik syila...pasti jadi punya.......makanan kegemaran kanak2.....

PUDING ROTI KUKUS

BAHAN2 NYA

2 buku roti benggali yang tawar tu (roti gardenia pun boleh)
1 tin susu cair
2 tin air biasa
1 cawan gula pasir
1 tin jagung (diblend)
1 cawan tepung beras
5 biji telur ayam
1 ringgit santan
1 tin susu pekat

CARA2 MEMBUAT NYA

roti benggali atau roti gardenia di koyakkan terlebih dahulu,kemudian campurkan kesemua bahan2 tadi dan selepas itu perap selama 1/2 jam.selepas itu kukus lebih kurang 1 jam atau pun sehingga ia masak.....sedap......

CHICKEN CHOP

BAHAN2 NYA

1 ekor ayam (ambil dada dan paha)
1 biji telur ayam
1 biji buah tomato
1 helai daun pasli
sedikit lada sulah
20 grm potato chip( digoreng)
20 keping roti tawar (dikisar halus )
sedikit lea&perrin dan sedikit tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

CARA2 MEMBUAT NYA
gaul ayam bersama lada sulah,lea&perrin kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.

UNTUK BAHAN SOS NYA

1 biji cili hidup
1 biji bawang besar
2 sudu sos cili
1/2 batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar lea&perrin
2 ulas bawang putih
blend kesemua bahan ini dan masak supaya ia menjadi sedikit pekat......SELAMAT MENCUBA....


TUESDAY, 5 JULY 2011


PIE AYAM

bahan2 nya

250 grm buttercup
500 grm tepung superfine/gandum
100 grm gula aising
3/4 sudu besar air biasa
(masukkan tepung,buttercup,dan gula kemudian gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti,kemudian masukkan air sedikit demi sedikit,uli sehingga menjadi seketul doh dan bahagikan kepada 2 bahagian,rehat doh selama 10 minit).

untuk inti nya

tumis bawang merah/putih yang di cincang tadi sehingga naik bau,masukkan isi ayam dan kentang yang didadu,bila agak masak masukkan kacang peas hijau,bawang besar,lada hitam,daun sup,daun bawang,garam dan gula secukup rasa.bila masak angkat biar kan seketika supaya ia sejuk.
keluarkan doh tadi gelek kan supaya ia menjadi leper,masukkan kedalam acuan kemudian cucuk dengan garpu kulit pie tadi dan bakar selama 10 minit.setelah ia sedikit perang angkat dan masukkan inti dan tutup diatasnya dengan kulit pie yang separuh lagi setelah ia  dileperkan .kemudian sapu diatas nya dengan kuning telur,bakar dalam ketuhar sehingga menjadi kuning keemasan.....selamat mencuba...sedap~.

SUNDAY, 26 JUNE 2011

Img_0538

spaghetti blongnee

bahan2 nya
1 pek spaghetti blongnese (kalau tak ada jenama lain pun boleh)
1 botol prego tradisional
2 tin bulat tuna cili(ayam brand)
1 tin cendawan butang(ayam brand)
2 biji cili benggala *
5 biji cili padi *
2 batang saleri*
2 biji tomato *
2 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
semua yang ditanda bintang dipotong dadu paling kecil
8 sudu besar minyak masak
2 cawan air,garam dan gula secukup rasa

cara2 membuat nya

masak air sampai mendidih,masukkan sedikit garam dan 4 sudu minyak masak  dalam air,rebus spaghetti selama 15 minit dan kemudian toskan.panas minyak,tumis bawang besar dan bawang putih yang didadu dan cili padi,bila naik bau masukkan sos prego dan bila pecah minyak masukkan tuna biar sekejap.masukkan 2 cawan air tadi biar sampai mengelegak,lepas tu masukan cendawan,cili benggala,batang seleri,garam dan gula secukup rasa.kacau dan biar agak kering dan sedikit pekat.kalau nak makan yg berkuah biar dia cair sedikit...siap untuk dimakan....selamat mencuba....kalau nak buat separuh pun boleh...

MONDAY, 13 JUNE 2011

KEK KUKUS MASAM MANIS

BAHAN A - 5 biji telur ayam
                     225 gm telur ayam
                     1 sudu teh esen vanilla
                     1 sudu besar overlete
                     secubit garam (SEMUA NYA DIPUKUL SAMPAI KEMBANG DAN BERKERIM)

BAHAN B - 1 sudu teh backing powder
                     220 gm tepung gandum

BAHAN C - 150ml susu cair
                     100ml minyak mazola

CARA NYA : setelah bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu,masukkan bahan B dan C berselang seli kedalam bahan A.bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.kukus selapis-selapis dan lapiskan dengan asam duit2 sehingga adunan habis......SELAMAT MENCUBA....SEDAP


ICE CREAM CAPUCINNO

bahan2 untuk membuat ice cream capucinno




6 sudu besar gula pasir/boleh dikurangkan kpd 4 sudu
1 tin susu cair
1 sudu besar overlete
1 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla
perisa capucinno/kalau nak perasa lain pun boleh seperti,jagung,strawberry,keladi dll ikut selera masing2.


campurkan kesemua bahan2 tadi kedalam mangkuk kaca,mixcer selama 30 atau 45 minit..bila ice cream ni dah naik boleh lah dimasukkan kedalam bekas,kemudian letak ditempat beku.....setelah ice menjadi  beku keluarkan dan sedia untuk di nikmati kesedapan nya......


UNTUK PERHATIAN!!!!...GUNAKAN MANGKUK KACA SUPAYA ICE CREAM NAIK DENGAN SECUKUP NYA...

CHEESE TAT

BAHAN2 NYA

400 g tepung bluekey/cap sauh
250g mentega tatura/buttercup
50 g gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu besar air ais
1 sudu besar esen vanilla

cara2 membuat nya

pukul mentega,gula,esen vanilla sampai sebati,masukkan telur pukul lagi,bila dah sebati masukkan air,kacau adunan dalam 2 minit.masukan tepung sedikit demi sedikit,guna hijung jari untuk mengaulnya.gaul sehingga sebati,selepas itu boleh masukan kedalam acuan dan leperkan setebal kulit pie kemudian cucukan bahagian dasar nya menggunakan garpu.bakar dulu hingga kuning keemasan selama 15 minit,kemudian angkat dan paipkan cheese tadi separuh dan paipkan jem bluerry ditengah nya hingga menjadi penuh,kemudian bakar sekali lagi selama 10 minit

untuk cream nya

250 g cream cheese tatura/philadelphia
2 sudu besar gula aising/60 g
1 biji telur ayam
2 sudu vipping cream
masukkan kesemua bahan2 ini dan putar sehingga ia menjadi sebati dan berkerim....SELAMAT MENCUBA.....YUMY.....




FRIDAY, 1 JULY 2011

CUPCAKE

BAHAN-BAHAN NYA

1 ketul buttercup
1/4 cawan gula perang 
1/4 cawan gula custor
1 sudu besar teh esen vanilla
5 biji telur ayam
2 1/2 cawan tepung bluekey/tepung kek
3 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar susu pekat 250 grm buah campuran
buah campuran digaul dengan 2 sudu tepung gandum dan di jemur selama 30 minit

CARA MEMBUAT NYA

butter,gula perang,gula custor,esen vanilla diputar sampai kembang,setelah adunan menjadi ringan masukkan telur satu persatu,selepas itu masukkan susu pekat,putar lagi.kemudian masukkan kedua-dua tepung tadi sedikit demi sedikit.akhir sekali masukkan buah campuran yang di jemur tadi.masukkan kedalam paper cup yang bersaiz m sebanayk 25 grm supaya mendapat saiz yang sama.bakar pada suhu 160 selama 20 minit.

UNTUK CREAM NYA

250 grm shortening
200 grm creamwell
200 grm gula aising
50 grm butter
putar kesemua bahan-bahan ini sampai ia menjadi gebu...boleh digunakan perbagai warna untuk mendapat cupcake yang lebih menarik......SELAMAT MENCUBA.........


WEDNESDAY, 6 JULY 2011

KEK RIBENA

BAHAN A -250gm mentega
               170gm gula perang
               1 sudu besar black treacle
               7 biji kuning telur
               1/4 jus ribena

BAHAN B - 250gm tepung high protein
                50gm tepung gandum
                1 sudu teh backing powder
                1/4 sudu teh sodium bicarbonate

BAHAN C -250gm mixed fruit
               50gm blackcurrant
               100gm ceri merah

BAHAN D -4 biji putih telur
               1/4 sudu teh cream of tartar
               1 sudu besar gula castor

BAHAN UNTUK HIASAN
3 biji ceri merah
3 biji ceri hijau
badam keping dibakar sedikit

CARA2 MEMBUAT NYA

1. satukan bahan2 b dan c serta digaul sebati
2. pukul putih telursehingga naik(bahan d).masukkan gula kastor dan cream of tartar pukul hingga pekat dan asingkan.
3. pukul mentega dan gula 5 minit dengan menggunakan pemutar,masukkan black treacle dan pukul 1 minit lagi.masukkan kuning telur sebiji,sebiji hingga habis.pukul 4 minit lagi dan masukkan jus ribena serta pukul 1 minit lagi.
4 .masukkan bahan b dan c yang digaul tadi kedalam adunan no 3.kemudian putar sebati,angkat dan gaul dengan senduk.
5 .dgn menggunakan senduk,masukan putih telur yang dipukul tadi gaul hingga rata.
6 .sapu mentega dalam acuan,lapiskan dengan kertas tracing.masukkan adunan dan taburkan ceri dan badam keping.
7 .bakar hingga kekuningan pada suhu 180 selama 45 minit.
                            
                                    ...........  SELAMAT MENCUBA................



               

THURSDAY, 7 JULY 20

KEK KUKUS MASAM MANIS

BAHAN A - 5 biji telur ayam
                     225 gm telur ayam
                     1 sudu teh esen vanilla
                     1 sudu besar overlete
                     secubit garam (SEMUA NYA DIPUKUL SAMPAI KEMBANG DAN BERKERIM)

BAHAN B - 1 sudu teh backing powder
                     220 gm tepung gandum

BAHAN C - 150ml susu cair
                     100ml minyak mazola

CARA NYA : setelah bahan A dipukul sehingga kembang dan gebu,masukkan bahan B dan C berselang seli kedalam bahan A.bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.kukus selapis-selapis dan lapiskan dengan asam duit2 sehingga adunan habis......SELAMAT MENCUBA....SEDAP

BISKUT LAPIS RESBERY/BLACKCURRANT

BAHAN2 NYA


1 biji kuning telur
175 grm butter
1/2 cawan gula ising
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk santan
1 sudu teh esen strawberry
tepung gandum ikut lembut doh
jem resberry/strawbery


CARA MEMBUAT NYA


1. pukul butter dengan gula hingga kembang,kemudian masukkan kuning telur,esen strawberry dan kacau hingga sebati.
2. kemudian masukkan bahan kering,gaul sehingga menjadi doh (tinggal 1/4 doh untuk parut diatas biskut).
3. tekan di dalam acuan shortbreak,masukkan cutter dan bakar dalam 15 minit.
4. angkat dan buang cutter dan sapu dengan jem diatas permukaan biskut tadi sehingga rata,parut lebihan doh tadi keatas nya
5. tekan cutter diatas biskut tadi dan bakar semula sehingga masak.senang je nak buat nya..modal sikit je,tapi acuan nya yang mahal.....


.............................................................SELAMAT MENCUBA...............................
............................................sebarang kemushkilan boleh buat pertanyaan......