masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Saturday 13 August 2011

TAT BLUEBERRY NENAS


TAT BLUEBERI NANAS
Bahan2 (A)
125 gm mentega/butter.(saya guna butter)
1/2 sd makan minyak sapi
1/2 susu pekat manis
1/2 sd makan kuning telur (saya guna sebiji telur ambik kuningnya jer)
1/2 sd esen vanila
1/2 sd pes blueberi/emulco.

Bahan (B)
175 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
25 gm susu tepung

cara2
panaskan oven pd suhu 150 drjh c.
gaulkan semua bahan2 A sehingga sebati.
kemudian masukkan bahan B uli sehingga menjadi doh yg lembut.
setelah itu terap dgn acuan yg disukai..saya guna acuan semperit..
letakkan jem,kemudian digulung perlahan-lahan..
bakar selama 20 - 25 minit.
dah siap bakar bila kuih dah sejuk baru blh paipkan dgn coklat putih
corakkan dgn kreativiti masing2..

satu adunan ne blh dpt dlm 50 biji mcm tulah..
slmt mencuba..ikhlas dr saya By Mariarabikat 2011 Raya Lagi..

Sunday 7 August 2011

CHOCOLATS (RHUM) BUTTAN COOKIES

BAHAN2 NYA

1 ketul buttercup
1 sudu besar shortening
1 biji kuning telur
1 cawan gula aising
kesemua ini di putar selama 4 minit

3 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung naik sendiri(tepung kek)
1 1/2 cawan tepung gandum
kalau terasa lembut,tambahkan saja tepung gandum

100 grm kacang tanah
100 grm badan cincang
100 grm badam panjang
100 grm biji gajus
100 grm chocklate chip
kesemua kacang2 ni dipanggang
kismis jika suka
1 cawan pala sagat

cara2 membuat nya

pukul butter,shortening.telur dan gula selama 4 minit,kemudian masukkan kesemua bahan2 yang di panggang tadi,setelah sebati masukkan tepung kastard,t/beras,t/jagung,dan tepung naik sendiri dan akhir sekali masukkan tepung gandum.sekira nya masih lembut tambahkan tepung gandum sampai adunan boleh di gintel
bulat2 kan adunan dan leperkan ia dengan menggunakan garpu.bakar selama 25 minit pada suhu 160'c..angkat dan sejukkan....
untuk hiasan..guna chocolate masakan,,,boil coklate masakan sampai cair dan masukkan sedikit butter,selepas itu paip kan coklate itu tadi di atas biskut....lorekan ikut suka masing2....sedap biskut ni....yumy...yumy........SELAMAT MENCUBA










Saturday 6 August 2011

ROTI JALA

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu
kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara:-
Masukkan
semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama
1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick
dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas
kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut
citarasa masing2.















PAU LEMBUT

Resepi Pau Lembut Gebus

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram / ml air suam
  • 50 gram gula castor
  • 3 gram dry yeast (3/4 sudu kecil)
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu besar dough softener
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan sampingan :
  • Daun pisang / kertas A4/ cooking sheet dipotong sebesar 2 x 2 inci


Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine mengikut turutan, air suam, dry yeast, tepung gandum, baking powder, bread softener, gula castor, dough softener dan shortening.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan bread machine.
  3. Keluarkan doh dari Bread Machine setelah doh siap diuli dan direhatkan kali pertama  lebih kurang selama 15 minit sahaja. Tidak perlu menunggu sehingga doh siap di uli sepenuhnya atau selama 1 1/2 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
  5. Masukkan inti kegemaran anda dan tutup kemas.
  6. Letakkan di atas daun pisang / kertas A4 / cooking sheet.
  7. Biarkan naik 2 kali ganda.
  8. Panaskan pengukus. Bila air telah mendidih, masukkan pau dan kukus selama 10 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

NASI ARAB BEREMPAH

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sdb rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

 


TAT JEM

Bahan-bahan ( 80 biji )

  • 60 gm butter
  • 190 gm majerin
  • 70 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • ****** Inti Jem *****
  • Nenas sebiji
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • ***** Glaze *****
  • 2 Kuning Telur
  • 2 s/k air
  • Pewarna Kuning

Cara-cara

  1. Untuk Jem, blend nenas dan jerang atas dapur hingga pekat dan kuning keemasan. Tambahkan air dan gula.
  2. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. Jangan pukul terlalu lama ditakuti jemtat mengembang gemuk dan sihat. :P
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
  5. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  6. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. Kalau takde acuan nih, canai dan terap line menggunakan kreativiti. Macam saya terap pakai acuan siput; just nak dapatkan line je.
  7. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
  8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.






Laporan Masakan Bergambar (1)

Image_221_

Thursday 4 August 2011

DAGING RENDANG PEDAS

BAHAN2 NYA

1 kilo daging lembu
8 ulas bawang merah
3 cm lengkuas
6 tangkai cili kering
1/2 biji kelapa (untuk santan nya)
1/2 biji kelapa (untuk dibuat kerisik)
2 helai daun kunyit
5  ulas bawang putih
5 cm halia
2 batang serai
12 biji cili api
2 keping asam keping

CARA2 MEMBUAT NYA

 1.semua bahan2 diatas dikisar,kecuali daging di potong sebesar 2 inci.
 2.tumis kesemua bahan2 yang dikisar tadi sehingga naik bau
 3.masukkan daging dan gaul,apabila ia mendidih kemudian masukkan santan,daun kunyit dan asam    keping.
 4.akhir sekali masukkan kerisik,kacau sehingga ia menjadi sedikit kering...angkat...dan sedia untuk hidangan berbuka puasa petang ni......sesiapa yang makan pedas boleh lebihkan cili padi supaya lebih berapi lagi........he...he.......SELAMAT MENCUBA RESEPI INI.......

LOMPANG

BAHAN NYA

1 CAWAN GULA MERAH
1/2 CAWAN GULA PUTIH
3 CAWAN AIR
2 CAWAN TEPUNG BERAS

CARA MEMBUAT NYA

GULA MERAH + GULA PUTIH + AIR DIMASAK TERLEBIH DAHULU.APABILA SEMUA DAH CAIR ANGKAT DAN TAPIS.BILA AIR GULA TADI SUDAH SEJUK,MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SEHINGGA SEBATI.MASUKKAN ACUAN KEDALAM PENGUKUS,BILA ACUAN TADI DAH MENJADI PANAS.TUANGKAN BANCUHAN TADI DAN KUKUS LAH HINGGA MASAK.BOLEH DI SAJIKAN DENGAN KELAPA PARUT DIATAS NYA........SENANG DI BUAT.......SEDAP JUGA DIMAKAN....HE...HE.......CUBA LAH

Wednesday 3 August 2011

http://www.koleksi1001resepi.com/search/label/malay%20kueh%20mueh


resepi doh pau saya:500g tepung pau/superfine flour
1
peket yis segera atau 15 yis segar
gula (1/2 cawan)
minyak jagung (1/4
cawan)
air (1 1/4 cawan)

cara:larutkan gula
kedalam air.
campurkan yis kedalam tepung.
tuangkan campuran air dan gula
kedalam tepung. masukkan lain-lain bahan dan gaul tepung hingga menjadi doh. uli
doh dengan tangan selama 10 ke 15 minit sehingga doh licin dan boleh
diregangkan.
bulatkan doh kecil-kecil (seberat 40g setiap satu) dan ketepikan
selama 10 minit.
leperkan doh dan isikan inti kedalamnya. letakkan diatas
sekeping kertas minyak kecil. buat hingga semua bahan habis digunakan.
tutup
doh dan ketepikan selama 30 minit. letakkan atas periok kukus dan kukus selama
15 minit pada suhu tinggi.

Monday 1 August 2011

BISKUT NESLO

BAHAN-BAHAN NYA

1 KETUL BUTTERCUP
1 CAWAN GULA AISING
1/2 CAWAN TEPUNG KENTANG
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
1/2 CAWAN TEPUNG KASTARD
1 CAWAN OAT DIKISAR HALUS
2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
1 SUDU TEH PES COFFE
TEPUNG GANDUM IKUT LEMBUT ATAU (ANGGARAN 2 CAWAN)
SUSU TEPUNG UNTUK DIGAUL

CARA-CARA MEMBUAT NYA

PUKUL BUTTER DENGAN GULA SAMPAI KEMBANG,KEMUDIAN MASUKKAN COFFE PES,SERBUK KOKO DAN SEMUA BAHAN KERING YANG LAIN,AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG GANDUM IKUT LEMBUT.ULI DOH SAMPAI SEBATI.CANAI DAN TERAP GUNA ACUAN IKUT SUKA SENDIRI.SETELAH BISKUT MASAK,GAUL BISKUT DENGAN SUSU TEPUNG.......SELAMAT MENCUBA....SEDAP DAN RANGUP