masa nak jadi pramugari dulu...he...he...

masa nak jadi pramugari dulu...he...he...


selamat datang ke blog saya . blog ini ada pelbagai resepi yang boleh anda cuba . terima kasih .

Saturday 6 August 2011

TAT JEM

Bahan-bahan ( 80 biji )

  • 60 gm butter
  • 190 gm majerin
  • 70 gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • ****** Inti Jem *****
  • Nenas sebiji
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • ***** Glaze *****
  • 2 Kuning Telur
  • 2 s/k air
  • Pewarna Kuning

Cara-cara

  1. Untuk Jem, blend nenas dan jerang atas dapur hingga pekat dan kuning keemasan. Tambahkan air dan gula.
  2. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. Jangan pukul terlalu lama ditakuti jemtat mengembang gemuk dan sihat. :P
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
  5. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  6. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. Kalau takde acuan nih, canai dan terap line menggunakan kreativiti. Macam saya terap pakai acuan siput; just nak dapatkan line je.
  7. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. Letakkan jem nenas diatas adunan dan gulungkan.
  8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.






Laporan Masakan Bergambar (1)

Image_221_

No comments:

Post a Comment